Minggu, 22 April 2012

Asas-Asas Sistem Muamalat Islam




Muqaddimah.
Islam Adalah Sistem Hidup Yang Syumul.
Tidak Sempurna Islam Seseorang Sehingga Melaksanakan Islam Secara Menyeluruh.
Al-Baqarah [2:208]

اٌَ أَ هٌَُّا الَّذِ نٌَ آمَنُواْ ادْخُلُواْ فِ السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّ طٌَْانِ إِنَّهُ

لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِ ن

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu”

Sistem Muamalat Islam
  • Objektif Sistem Muamalat Islam
  • Prinsip-Prinsip Umum Muamalat Islam
  • Jenis-Jenis Muamalat Islam
  • Adab-adab bermuamalat dalam Islam.

Objektif Sistem Muamalat Islam
  • Mengembangkan kemakmuran
  • Memelihara keharmonian masyarakat
  • Menjamin keadilan dikalangan masyarakat.
  • Mengelakkan kezaliman dan persengketaan dikalangan manusia

Prinsip-prinsip Muamalat Islam
  • Prinsip 1
Semua urusan muamalat adalah diharuskan melainkan terdapat nas-nas syarak yang mengharamkannya

هُوَ الَّذِي خَلَقَ لَكُم مَّا فِ الأَرْضِ جَمِ عٌاً ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاء فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ
سَمَاوَاتٍ وَهُوَ بِكُلِّ شَ ءًٍْ عَلِ م
(2:29)

Dialah yang menciptakan untuk kamu segala yang berada dibumi
  • Haram memakan harta orang lain tanpa hak
  • Berasaskan asas ini syarak telah mengharamkan:
  • Makan Riba,
  • Al-Imran [3:130]
اٌَ أَ هٌَُّا الَّذِ نٌَ آمَنُواْ لاَ تَؤْكُلُواْ الرِّبَا أَضْعَافًا مُّضَاعَفَةً وَاتَّقُواْ الَّّ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan

Haram Merampas hak orang lain,
  • Al-Baqara [2:188]

وَلاَ تَؤْكُلُواْ أَمْوَالَكُم بَ نٌَْكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلَى الْحُكَّامِ لِتَؤْكُلُواْ فَرِ قًٌا
مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِالإِثْمِ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.

Haram pecah amanah atau khianat,
  • Al-Anfal [8:27]

 مُتنَأ َ و ْ مُكِتاَناَمَأ ْاوُنو ُ خَت َ و َلوُس َّ رلا َ و َ ّ الّ ْاوُنو ُ خَت َلا ْاوُنَمآ َ نٌ ِ ذَّلا اَهٌَُّأ اٌَ

تَعْلَمُونَ

  • Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanah yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.

Haram Memonopoli
  • Berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad , yang bermaksud; “ Sesiapa yang menyimpan makanan sehingga 40 malam, maka sesungguhnya Allah berlepas diri daripadanya”

Haram Memintas jual beli seseorang yang lain
  • [1] Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim, yang bermaksud; “ Janganlah orang bandar menjual untuk orang desa, biarkanlah manusia diberi rezki sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain.”
  • [1] Berdasarkan hadis nabi yang diriwayatkan oleh Muslim, yang bermaksud; “ Tidak halal bagi orang yang beriman untuk berjual-beli atas jual-beli saudaranya”.

Haram Mengumpan Pembeli
  • Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, yang bermaksud; “ Jauhilah kamu daripada bersangka-sangka kerana sangkaan itu bicara yang paling dusta, janganlah kamu intai mengintai… dan janganlah kamu sengaja mengumpan harga yang tinggi dari pembeli (iaitu berpura-pura hendak membeli sesuatu barang dengan meletakkan harga tinggi daripada pasaran dengan tujuan mengumpan pelanggan agar mengikuti harganya ) dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara”.

Prinsip Ketiga
  • Bersikap benar
Berdasarkan kepada asas ini Islam mengharamkan segala bentuk penipuan seperti menyembunyikan keaiban barang yang dijual[1]dan segala muamalah yang mempunyai gharar.
[1]Sebagaimana diriwayatkan oleh al-Hakim, yang bermaksud; “ Tidak halal bagi seseorang yang menjual sesuatu jualan melainkan hendaklah dijelaskan segala kekurangannya dan tidak halal bagi orang yang mengetahui sesuatu keaiban melainkan hendaklah dinyatakannya”.

Prinsip Kempat
  • Mendapatkan manfaat kepada masyarakat
  • Berdasarkan asas ini Islam telah mengharamkan pelbagai muamalat yang tidak membawa faedah kepada individu maupun masyaakat seperti perjudian, menjual daging khinzir, bangkai, darah, berhala, salib dan seumpamanya.[1]
  • [1]Berasaskan kepada hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud; “ Sesungguhnya Allah dan rasulNya mengharamkan menjual arak,bangkai, khinzir dan berhala”. Dan riwayat Ahmad yang bermaksud; “ Sesungguhnya apabila Allah mengharamkan sesuatu Dia juga telah mengharamkan keuntungan daripadanya”.

Prinsip Kelima
  • Tidak menyebabkan hilangnya hak
  • Berasaskan perkara ini Islam mengharamkan beberapa bentuk muamalat seperti, al-munabazah, al-mulamasah[1]dan menjual binatang di dalam perut ibunya[2]dan seumpamanya yang tidak boleh diserahkan
[1]Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud; “ Sesungguhnya rasulullah s.a.w. melarang daripada al-mulamasah dan al-munabazah”.
  • Munabazah ialah seseorang menjual sesuatu barang kepada seseorang pembeli sebelum beliau melihat dan membalik-balikkan barang tersebut dan al-mulamasah ialah memegang barang dengan tidak melihatnya.
[2]Sebagaimana riwayat Muslim yang bermaksud; “Daripada Abdullah bin Umar daripada rasulullah s.a.w. bahawa baginda melarang menjual janin dalam kandungan ibunya”.

Prinsip Keenam
  • Tidak menyebabkan meninggalkan kewajiban lain
  • Lantaran itu Islam melarang jual-beli setelah azan Jumaat[1]dilaungkan dan meletakkan syarat yang bertentangan dengan ajaran Islam[2]

[1]Berasaskan sural al-Jumuah ayat 9

اٌَ أَ هٌَُّا الَّذِ نٌَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَةِ مِن وٌَْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَِّّ وَذَرُوا الْ ب عٌَْ ذَلِكُمْ خَ ر لَّكُمْ
إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

[2]Berasaskan hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi yang bermaksud; “ ..dan orang-orang Islam dipegang dengan syarat-syarat mereka melainkan syarat yang menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal”.

Prinsip Ketujuh
  • Menguatkan ikatan akad perjanjian muamalat yang tertangguh dengan saksi atau ditulis
  • بِتاَك ْمُكَنٌَّْب بُت ْ كٌَْل َ و ُهوُبُت ْ كاَف ىًّم َ سُّم ٍ ل َ جَأ ىَلِإ ٍنٌْ َ دِب مُتنٌَا َ دَت ا َ ذِإ ْاوُن َمآ َ نٌ ِ ذَّلا اَهٌَُّأ اٌَ
بِالْعَدْلِ وَلاَ ؤٌَْبَ كَاتِ ب أَنْ كٌَْتُبَ كَمَا عَلَّمَهُ اللُّّ فَلْ كٌَْتُبْ وَلْ مٌُْلِلِ الَّذِي عَلَ هٌِْ الْحَقُّ وَ ل تَّقِ
اللَّّ رَبَّهُ وَلاَ بٌَْخَسْ مِنْهُ شَ ئًٌْا فَإن كَانَ الَّذِي عَلَ هٌِْ الْحَقُّ سَفِ هًٌا أَوْ ضَعِ فًٌا أَوْ لاَ
سٌَْتَطِ عٌُ أَن مٌُِلَّ هُوَ فَلْ مٌُْلِلْ وَلِ هٌُّ بِالْعَدْلِ وَاسْتَشْهِدُواْ شَهِ دٌَ نٌِْ من رِّجَالِكُمْ فَإِن لَّمْ
كٌَُونَا رَجُلَ نٌِْ فَرَجُ ل وَامْرَأَتَانِ مِمَّن تَرْضَوْنَ مِنَ الشُّهَدَاء أَن تَضِلَّ إْحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ
إِحْدَاهُمَا الأُخْرَى وَلاَ ؤٌَْبَ الشُّهَدَاء إِذَا مَا دُعُواْ وَلاَ تَسْؤَمُوْاْ أَن تَكْتُبُوْهُ صَغِ رًٌا أَو
كَبِ رًٌا إِلَى أَجَلِهِ ذَلِكُمْ أَقْسَطُ عِندَ الِّّ وَأَقْومُ لِلشَّهَادَةِ وَأَدْنَى أَلاَّ تَرْتَابُواْ إِلاَّ أَن تَكُونَ
تِجَارَةً حَاضِرَةً تُدِ رٌُونَهَا بَ نٌَْكُمْ فَلَ سٌَْ عَلَ كٌُْمْ جُنَا ح أَلاَّ تَكْتُبُوهَا وَأَشْهِدُوْاْ إِذَا تَبَا عٌَْ تمْ
وَلاَ ضٌَُآرَّ كَاتِ ب وَلاَ شَهِ د وَإِن تَفْعَلُواْ فَإِنَّهُ فُسُو ق بِكُمْ وَاتَّقُواْ الَّّ وَ عٌَُلِّمُكُمُ الُّّ وَالّّ بِكُلِّ شَ ءًٍْ عَلِ م (2:282)

Maksud
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu`amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berutang itu mengimlakan (apa yang akan ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangi sedikit pun daripada utangnya. Jika yang berutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakan, maka hendaklah walinya mengimlakan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki di antaramu). Jika tak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridai, supaya jika seorang lupa maka seorang lagi mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil; dan janganlah kamu jemu menulis utang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu, (Tulislah muamalahmu itu), kecuali jika muamalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit-menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian), maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah; Allah mengajarmu; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.

Antara Jenis-Jenis Muamalat Islam
  • Akad Pertukaran Barang
  • Jual-beli
  • Akad Pertukaran Manfaat
  • Sewa
  • Akad Perkongsian
  • Mudarabah
  • Musyarakah

Adab-adab bermuamalat dalam Islam.
  • Menepati Janji [1].
  • [1]Lihat Surah al-Isra’ (17:34)

وَلاَ تَقْرَبُواْ مَالَ الْ تٌَِ مٌِ إِلاَّ بِالَّتِ هِ أَحْسَنُ حَتَّى بٌَْلُغَ أَشُدَّهُ وَأَوْفُواْ بِالْعَهْدِ إِنَّ ا لعَهْ دَ كَانَ مَسْإُولا

Dan janganlah kamu mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik (bermanfaat) sampai ia dewasa dan penuhilah janji; sesungguhnya janji itu pasti diminta pertanggungan jawabnya.



  • Nahl ayat 91

وَأَوْفُواْ بِعَهْدِ اللِّّ إِذَا عَاهَدتُّمْ وَلاَ تَنقُضُواْ الأَ مٌَْانَ بَعْدَ تَوْكِ دٌِهَا وَقَدْ جَعَلْتُمُ اللَّّ عَلَ كُ مْ كَفِ لًٌَ إِنَّ اللَّّ عٌَْلَمُ مَا تَفْعَلُونَ

Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah (mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.

  • Al-Ma'idah [5:1]

اٌَ أَ هٌَُّا الَّذِ نٌَ آمَنُواْ أَوْفُواْ بِالْعُقُودِ

Hai orang-orang yang beriman, penuhilah akad-akad itu.

Adab 2
  • Berlemah-lembut, tenang tidak bersifat kasar dan keras[2].
  • [2]Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, yang bermaksud ; “ Allah merahmati lelaki yang bersifat bertolak-ansur apabila menjual dan apabila membeli dan ketika menuntut hakya”.

Adab 3
  • Bersegera mencari rezki[3].
  • [3]Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi yang maksudnya; “ Ya Allah berkatilah umatku di awal harinya”.

Adab 4
  • Mempelajari hukum-hukum muamalat.[4]
  • [4]Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah yang bermaksud; “ Menuntut Ilmu adalah wajib bagi setiap muslim lelaki dan perempuan”.

Adab 5
  • Bersifat warak terhadap perkara yang diragukan[5].
  • [5]Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud; “ Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas dan di antara keduanya terdapat perkara kesamaran, ramai dikalangan manusia yang tidak mengetahuinya, sesiapa yang memelihara dirinya daripada melakukan perkara kesamaran maka dia telah membersihkan agama dan kehormatannya dan sesiapa yang terjatuh dalam melakukan perkara kesamaran dia akan jatuh melakukan perkara haram…”
Adab 6
  • Bersifat pemurah dan belas-kasihan[6].
  • [6]Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim yang bermaksud; “ Sesiapa yang suka diselamatkan oleh Allah daripada kesukaran pada hari kiamat maka hendaklah dia melepaskan kesusahan orang yang susah atau menghilangkannya”.
Adab 7
  • Menjauhi daripada membuat bising di pasar

وَاقْصِدْ فِ مَشْ كٌَِ وَاغْضُضْ مِن صَوْتِكَ إِنَّ أَنكَرَ الْأَصْوَاتِ لَصَوْتُ
الْحَمِ رٌِ

Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.
Surah Luqman :19.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar